Saturday, March 19, 2011

postheadericon Antara Malaysia, Libya dan Jepun

Ringkasnya MLJ (bukan MLM, aku tak gemor dah MLM nih). Aku nak cerita sikit keadaan semasa, tapi hujung-hujung nanti masih ada gak komplen.

Malaysia
  • Isu rasuah, songlap duit dan salah guna kuasa masih berleluasa - orang Malaysia ramai kecut telur (mana yang ada lah .....maaf, aku guna bahasa kasar, kena rude awakening sikit makhluk-makhluk (ME)LAYU ni...
  • Kes Liwat DSAI Part II masih tak selesai - aku rasa macam nak muntah darah dah....dari dulu sampai sekarang, kes sama jek. Aku tak sokong sangat DSAI ni, tapi sapa-sapa yang ikuti kes ini secara adil dan saksama, banyak kepincangannya....korang search la sendiri.
  • Harga barang naik - bila minyak naik, semua barang naik harga...bila dah turun (dari RM2.70 ke RM1.80), ada ke barang yang betul-betul turun harga? Sekarang ni, bawang la, ayam la, semua naik harga gak...
  • Makhluk-makhluk bangang masih buah sampah merata-rata, lepas tu diri sendiri jadik sampah pulak. Dah la lepak merata-rata, hisap rokok yang dah sah-sah hukumnya haram, bawak motor laju-laju lak tu dalam taman perumahan...bunyi motor tu tak kira lagi betapa bisingnya...susah anak-anak aku nak tido...
Libya
  • Muammar Gaddafi masih degil, kalau nak turun pon, letak macam-macam syarat supaya mamat ni dilindungi bila dia bukan lagi presiden.
  • Dah la tah berapa banyak duit rakyat kena kebas, siap cakap dia akan mati syahid kerana mempertahankan negara dia ni dar pemberontak dll....fenin aku...
  • Punya la tak boleh pakai, dia pernah arah pilot jet pejuang untuk serang rakyat Libya sendiri....aku tak pernah pulak terbaca Hitler wat something macam tu.
  • Sekarang ni, dunia tengah alih perhatian ke Jepun, Muammar pon naik lemak laa....
Jepun
  • Malang, super power company elektronik dan permotoran Asia ni dah la kena gempa bumi dan dilanda tsunami, loji nuklear pulak meletup.
  • Aku pon dah tak sure berapa ramai yang dah jadik mangsa di Jepun, sama ada ditimpa runtuhan, lemas dek tsunami atau dah jadik x-man pasal kena debu nuklear...
  • Walaubagaimanapun, aku tabik spring kat warga Jepun yang masih berdisiplin semasa beratur dan menunggu bantuan kepada mereka. Memang jauh beza dengan warga Sudan, Haiti dll.
Apa perkaitan antara 3 negara ni?

Malaysia ni,nama je negara yang mengamalkan undang-undang Raja Berperlembagaan, amalkan sistem demokrasi, tapi banyak korupsinya....corrupted leaders that corrupts the system and the peoples so that they can gain anything and everything they wanted without much hassle and opposition. Opposition kat Malaysia ni pulak, tah laa...masih tak cukup bersatu...
  • PAS nak mewujudkan negara Islam, tetapi DAP terutamanya, masih ada sedikit tentangan terhadap undang-undang Syariah tertentu. Tapi yang paling aku heran, orang UMNGOK yang rata-ratanya Islam, menolak pulak undang-undang Syariah penuh menggantikan civil law.
  • DAP...aku tak berapa tahu pasal diorang, tapi sentimen dan kejadian "dahulu kala" dan propaganda BN menakutkan rakyat, terutamanya orang Melayu.
  • KeADILan pulak, bagi aku bad boys dalam PR. Sesetengah dari mereka ni, join KeADILan kerana tak puas hati dgn BN, pasal kes liwat DSAI Part I dll. Bagi aku, niat diorang ni tak genuine kerana rakyat (sesetengah sahaja ya...)
So bila opposition pun tak berapa kuat, check and balance dak berapa menjadi. Hasilnya, para pemimpin sekarang ni, dah la sesetengah tak berapa cerdik, ada perogol dan gay lak tu, senang-senag jek perkudakan rakyat. Macam Muammar la...

Pulak tu, walaupun dah tengok loji nuklear kat Jepun tu meletup, masih degil nak wujudkan loji nuklear. Alasannya:
  • teknologi lebih canggih, so tak mungkin loji akan terjejas
  • kat Malaysia takde tsunami dan gempa bumi macam Jepun, lebih-lebih lagi bila ada berita yang mengatakan di Jepun tu, tanah kawasan loji nuklear tu memang tak kuat strukturnya
Walaubagaimanapun, apa yang dibimbangkan adalah, bukannya bencana alam yang melanda, tetapi bencana korupsi...budaya sokong kroni dan proksi menyebabkan tender diberi pada pihak yang tak berkelayakan...jika layak pon, akan sub kan kepada company lain. Last-last, buat projek tak ikut spec...tu yang runtuh/rosak kat stadium kat Trengganu, siling bocor dan robohla, macam-macam laa...orang yang umum akan teruskan projek nuklear pulak, sombong bukan main lagi nada dia....kalau dia rasa nothing wrong will happen, lantak la ....tapi ayat tu, jangan la kerek sangat....macam tak ingat pulak bila-bila masa sahaja Allah boleh turunkan bala dan bencana...

0 comments:

About Me

My Photo
aBg_rOnGak
Batu Pahat, Johor, Malaysia
Tukang komplen, orang IT
View my complete profile

Konco2

Powered by Blogger.