Tuesday, April 26, 2011

postheadericon Pandai Tak Cerdik

Aku takmo bagitau sape yang kuarkan arahan ni...dah kerja kan? Tapi agak2 laa....kalau setakat 8 tu, aku boleh terima lagi...tapi kalau 16, nak petang ni lak tu? Kenapa la dari minggu lepas ke, semalam ke tak bagitahu? Mentang2 la item nya "LAPTOP", so senang2 orang IT yang kena wat...aku baru nak mintak tolong kawan2...diorang kuar makan lak...kang tak sempat makan kang....nak check lagi laptop2 tu, takut2 ada virus ke, tak proper ke, tak stabil ke.... hadusss.....
Thursday, April 21, 2011

postheadericon Hukum Syariah

Aku memang tak puas hati dengan ramai orang atas banyak sebab...aku rasa kat aku pon, ramai jek yang tak puas hati. Walaubagaimanapun, aku tak berapa peduli sangat.. Ada satu makhluk ni dah dilantik menjadi menteri kabinet, patutnya dia menjadi contoh yang baik...tapi masalahnya, dia buat hal la pulak.

Terang terang dia menentang keputusan satu kerajaan negeri yang menghantar beberapa orang pelajar lelaki yang berkecenderungan seperti wanita (korang paham la kan?) ke kem pemulihan agar para pelajar ini dapat dipulihkan. Kalau setakat lawan sesama manusia, aku ok lagi..tapi kan perintah Allah, lelaki tak boleh menyerupai wanita and vice versa, apasal sengal sangat nak komen kat BBC Asia Pasifik bhw perkara ni melanggar Akta Kanak-kanak la, hak asasi la...

Kalau setakat akta ciptaan manusia, terang-terang tak boleh melawan akta yang Allah cipta..ni tidak, sesuka hati dia jek komen...kes-kes terdahulu tah berapa banyak tah...aku tau la menteri ni pun terang-terang tak ikut syariat...kalau tgk dia,aku rasa nak jek tarik rambut dia,biar rabak kulit kepala dia...

postheadericon Emel 1Malaysia?





Pulak dah.....nak kena hadap satu lagi emel lepas ni...by 2015, 100% rakyat Malaysia akan mempunyai sekurang-kurangnya satu emel (digunakan dengan aktif atau tidak, aku tah tahu). Bagi mereka yang bekerja di pejabat, ataupun mereka yang celik IT, sudah pasti ada lebih daripada satu emel. Ialah, emel rasmi, emel tak rasmi....dan bagi yang selalu melawat tempat-tempat "terlarang"/suka trolling blog orang lain,pasti ada satu emel untuk dump segala login/registration laman-laman web tersebut.

Bercakap pasal emel-emel ini, kebanyakannya adalah percuma (kecuali untuk mereka yang bekerja di organisasi tertentu). Kuota kapasiti data ada yang mencapai beberapa gigabait, malahan ada yang unlimited! Tapi yang peliknya, Kerajaan Malaysia ni nak buat pulak emel secure (ye ke selamat?) 1Malaysia...dengan kos RM50 juta! Dikatakan dana tidak dikeluarkan oleh kerajaan, melainkan oleh satu syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia (tetapi dalam kategori GN3 la pulak!) Macam mana syarikat yang macam dah nak lingkup, boleh ada dana RM50 juta?! Pulak tu, nak buat emel percuma untuk rakyat Malaysia. Mana diorang ni nak dapat untung? Takkan lah sekadar guna Google AdSense ataupun Nuffnang?

Aku pernah terbaca, dan pernah la jugak terjumpa satu emel percuma di Malaysia suatu ketika dahulu...WauMail nama dia. Dengar kata, masa pengguna dia dah capai 60,000 (ke 6,000?) orang, emel ni kena godam. Oleh siapa, aku tak pasti la pulak...So, adakah emel 1Malaysia yang dikendalikan oleh syarikat ni akan selamat daripada godaman? Emel ni dikatakan menggunakan teknologi Microsoft (Hotmail la kot kalau guna web-based). Tapi Microsoft sendiri pernah kena godam, software2 pun asyik kena godam/crack jek...

Berbalik cerita tentang emel, betul ke duit tu bukan duit rakyat? Habis tu, macam tak logik pulak company yang dah nak lingkup tu buat loan RM50 juta untuk buat emel percuma kepada rakyat Malaysia. So, ada sesapa boleh jelaskan kepada aku, mana datang RM50 juta ni? Kenapa ada perkaitan Nazir bin Tun Razak, boss CIMB dalam hal ni?
Sunday, March 20, 2011

postheadericon Bising jek

Kenapa orang sekarang makin sengal....nak melalak ke, karaoke sampai pecah vocal chord ke...lantak laa....tapi jangan la kuat-kuat sampai orang nak tido pon susah....ni kat taman perumahan aku ni orang kampung ni selamba jek bukak lagu kuat-kuat...kalau ada kenduri kahwin pon sama...

Kat kampung pon lebih kurang....karaoke kat warung, boleh on sampai malam...naik ke pagi...harap jek ada imam, bilal etc kat kampung...tapi haram satu pon tada bole pakai...aku ada perasan, kat kampung orang jawa besanya ada galak sikit benda-benda macam ni.....MAKE NO MISTAKE, I'M NOT AGAINST THEM, AKU BUDAK JAWA JUGAK (albeit tak pandai cakap Jawa).... hai...entahlah...
Saturday, March 19, 2011

postheadericon Antara Malaysia, Libya dan Jepun

Ringkasnya MLJ (bukan MLM, aku tak gemor dah MLM nih). Aku nak cerita sikit keadaan semasa, tapi hujung-hujung nanti masih ada gak komplen.

Malaysia
  • Isu rasuah, songlap duit dan salah guna kuasa masih berleluasa - orang Malaysia ramai kecut telur (mana yang ada lah .....maaf, aku guna bahasa kasar, kena rude awakening sikit makhluk-makhluk (ME)LAYU ni...
  • Kes Liwat DSAI Part II masih tak selesai - aku rasa macam nak muntah darah dah....dari dulu sampai sekarang, kes sama jek. Aku tak sokong sangat DSAI ni, tapi sapa-sapa yang ikuti kes ini secara adil dan saksama, banyak kepincangannya....korang search la sendiri.
  • Harga barang naik - bila minyak naik, semua barang naik harga...bila dah turun (dari RM2.70 ke RM1.80), ada ke barang yang betul-betul turun harga? Sekarang ni, bawang la, ayam la, semua naik harga gak...
  • Makhluk-makhluk bangang masih buah sampah merata-rata, lepas tu diri sendiri jadik sampah pulak. Dah la lepak merata-rata, hisap rokok yang dah sah-sah hukumnya haram, bawak motor laju-laju lak tu dalam taman perumahan...bunyi motor tu tak kira lagi betapa bisingnya...susah anak-anak aku nak tido...
Libya
  • Muammar Gaddafi masih degil, kalau nak turun pon, letak macam-macam syarat supaya mamat ni dilindungi bila dia bukan lagi presiden.
  • Dah la tah berapa banyak duit rakyat kena kebas, siap cakap dia akan mati syahid kerana mempertahankan negara dia ni dar pemberontak dll....fenin aku...
  • Punya la tak boleh pakai, dia pernah arah pilot jet pejuang untuk serang rakyat Libya sendiri....aku tak pernah pulak terbaca Hitler wat something macam tu.
  • Sekarang ni, dunia tengah alih perhatian ke Jepun, Muammar pon naik lemak laa....
Jepun
  • Malang, super power company elektronik dan permotoran Asia ni dah la kena gempa bumi dan dilanda tsunami, loji nuklear pulak meletup.
  • Aku pon dah tak sure berapa ramai yang dah jadik mangsa di Jepun, sama ada ditimpa runtuhan, lemas dek tsunami atau dah jadik x-man pasal kena debu nuklear...
  • Walaubagaimanapun, aku tabik spring kat warga Jepun yang masih berdisiplin semasa beratur dan menunggu bantuan kepada mereka. Memang jauh beza dengan warga Sudan, Haiti dll.
Apa perkaitan antara 3 negara ni?

Malaysia ni,nama je negara yang mengamalkan undang-undang Raja Berperlembagaan, amalkan sistem demokrasi, tapi banyak korupsinya....corrupted leaders that corrupts the system and the peoples so that they can gain anything and everything they wanted without much hassle and opposition. Opposition kat Malaysia ni pulak, tah laa...masih tak cukup bersatu...
  • PAS nak mewujudkan negara Islam, tetapi DAP terutamanya, masih ada sedikit tentangan terhadap undang-undang Syariah tertentu. Tapi yang paling aku heran, orang UMNGOK yang rata-ratanya Islam, menolak pulak undang-undang Syariah penuh menggantikan civil law.
  • DAP...aku tak berapa tahu pasal diorang, tapi sentimen dan kejadian "dahulu kala" dan propaganda BN menakutkan rakyat, terutamanya orang Melayu.
  • KeADILan pulak, bagi aku bad boys dalam PR. Sesetengah dari mereka ni, join KeADILan kerana tak puas hati dgn BN, pasal kes liwat DSAI Part I dll. Bagi aku, niat diorang ni tak genuine kerana rakyat (sesetengah sahaja ya...)
So bila opposition pun tak berapa kuat, check and balance dak berapa menjadi. Hasilnya, para pemimpin sekarang ni, dah la sesetengah tak berapa cerdik, ada perogol dan gay lak tu, senang-senag jek perkudakan rakyat. Macam Muammar la...

Pulak tu, walaupun dah tengok loji nuklear kat Jepun tu meletup, masih degil nak wujudkan loji nuklear. Alasannya:
  • teknologi lebih canggih, so tak mungkin loji akan terjejas
  • kat Malaysia takde tsunami dan gempa bumi macam Jepun, lebih-lebih lagi bila ada berita yang mengatakan di Jepun tu, tanah kawasan loji nuklear tu memang tak kuat strukturnya
Walaubagaimanapun, apa yang dibimbangkan adalah, bukannya bencana alam yang melanda, tetapi bencana korupsi...budaya sokong kroni dan proksi menyebabkan tender diberi pada pihak yang tak berkelayakan...jika layak pon, akan sub kan kepada company lain. Last-last, buat projek tak ikut spec...tu yang runtuh/rosak kat stadium kat Trengganu, siling bocor dan robohla, macam-macam laa...orang yang umum akan teruskan projek nuklear pulak, sombong bukan main lagi nada dia....kalau dia rasa nothing wrong will happen, lantak la ....tapi ayat tu, jangan la kerek sangat....macam tak ingat pulak bila-bila masa sahaja Allah boleh turunkan bala dan bencana...

Tuesday, March 9, 2010

postheadericon Hukuman Sebat

Aku heran la bila orang pertikai hukum Allah nih.... Equality la, fairness laa.... apa laa... aku terbaca pasal perbezaan antara sebat cara Islam dan sivil..... aku rasa kalu tengok situ jer pon, takde dakwa dakwi lagik..... lagi satu, Kalau aku sebut Sister In Islam....apa benda pertama korang pikir?... ada kawan aku kater, "Sister" tu dah tunjukkan something tak kena... patutnya Muslimah ke....atau aper2 yang len laa... ni sister... DALAM QURAN DA TERANG-TERANG ADA HUKUM PASAL UNDANG2 SYARIAH, PASAL KEWAJIPAN MENUTUP AURAT, PASAL TAUHID/ SYIRIK DAN MURTAD ETC....TAPI KALAU DAH TU PUN NAK PERTIKAI..... BUAT LA HUKUM SENDIRI, CIPTA ALAM SENDIRI, TADBIR LA SENDIRI.....
Tuesday, July 21, 2009

postheadericon Kelajuan Internet Malaysia yang slow...

Salam.... ni komplen pertama aku.... Naper internet connection Malaysia ni slow?

Setau aku la, kalu 3G tu, sepatutnya speed boleh cecah beberapa Mbps, bukan takat ratusan kbps....kalau 3.5G (HSDPA) lagi la laju... kalu ADSL (kat Malaysia ni, TM brandkan sebagai Streamyx), speed boleh capai belasan Mbps....even just on paper, patutnya da dekat2 la speed dier.

Aku paham kalu nak pakai ADSL nih, premis kena dalam lingkungan 4 (or 5) km dari pencawang (or ape2 la nama dia, da tak ingat sangat), tapi mana yang dekat pon speed cam hampeh jer. Lagi la pulak TM nyatakan yang speed yang diiklankan adalah on best effort. Come on la... memang la kita da nak kejar Singapura dari segi speed, tapi kualiti lak macamana?

Standard nameCommon name Downstream rate Upstream rate Approved in
ANSI T1.413-1998 Issue 2ADSL8 Mbit/s1.0 Mbit/s1998
ITU G.992.1ADSL (G.DMT)12 Mbit/s1.3 Mbit/s1999-07
ITU G.992.1 Annex AADSL over POTS12 Mbit/s1.3 Mbit/s
ITU G.992.1 Annex BADSL over ISDN12 Mbit/s1.8 Mbit/s
ITU G.992.2ADSL Lite (G.Lite)1.5 Mbit/s0.5 Mbit/s1999-07
ITU G.992.3ADSL212 Mbit/s1.0 Mbit/s2002-07
ITU G.992.3 Annex JADSL212 Mbit/s3.5 Mbit/s
ITU G.992.3 Annex LRE-ADSL25 Mbit/s0.8 Mbit/s
ITU G.992.4splitterless ADSL21.5 Mbit/s0.5 Mbit/s2002-07
ITU G.992.5ADSL2+24 Mbit/s1.0 Mbit/s2003-05
ITU G.992.5 Annex MADSL2+M24 Mbit/s3.5 Mbit/s
*Sumber dari wikipedia

Sape ingat dulu TM komplen (ehem) yang 20% pelanggan Streamyx guna 80% bandwidth untuk pelanggan secara keseluruhannya. Aku nak tanya sikit la saper2 yang lulus Matematik masa UPSR (nasib baik masih diteruskan), PMR dan SPM, kalau dah 20% user guna 80% bandwidth, berapa sepatutnya yang TM sediakan untuk 100% user?

Bukan ke tiap user ada speed limit sendiri, ikut pakej la kan? Ada yang 256/384/512/1024 kbps, ikut masing2 laa...so masing2 tetap xleh lebih speed limit....komplen TM menunjukkan yang TM tak sediakan bandwidth yang mencukupi untuk pelanggan dier...tp tu dulu, sekarang ni tak tau laa....

Aku harap TM selesaikan la dulu masalah ni sebelum nak war-warkan pada orang pasal High Speed Broadband (HSB)... nak laju2 tapi speed untuk Broadband for General Public (BBGP) ni tak setel lagi.... baru bertatih dah nak sprint 100m lak...

About Me

My Photo
aBg_rOnGak
Batu Pahat, Johor, Malaysia
Tukang komplen, orang IT
View my complete profile

Konco2

Powered by Blogger.