Tuesday, April 26, 2011

postheadericon Pandai Tak Cerdik

Aku takmo bagitau sape yang kuarkan arahan ni...dah kerja kan? Tapi agak2 laa....kalau setakat 8 tu, aku boleh terima lagi...tapi kalau 16, nak petang ni lak tu? Kenapa la dari minggu lepas ke, semalam ke tak bagitahu? Mentang2 la item nya "LAPTOP", so senang2 orang IT yang kena wat...aku baru nak mintak tolong kawan2...diorang kuar makan lak...kang tak sempat makan kang....nak check lagi laptop2 tu, takut2 ada virus ke, tak proper ke, tak stabil ke.... hadusss.....
Thursday, April 21, 2011

postheadericon Hukum Syariah

Aku memang tak puas hati dengan ramai orang atas banyak sebab...aku rasa kat aku pon, ramai jek yang tak puas hati. Walaubagaimanapun, aku tak berapa peduli sangat.. Ada satu makhluk ni dah dilantik menjadi menteri kabinet, patutnya dia menjadi contoh yang baik...tapi masalahnya, dia buat hal la pulak.

Terang terang dia menentang keputusan satu kerajaan negeri yang menghantar beberapa orang pelajar lelaki yang berkecenderungan seperti wanita (korang paham la kan?) ke kem pemulihan agar para pelajar ini dapat dipulihkan. Kalau setakat lawan sesama manusia, aku ok lagi..tapi kan perintah Allah, lelaki tak boleh menyerupai wanita and vice versa, apasal sengal sangat nak komen kat BBC Asia Pasifik bhw perkara ni melanggar Akta Kanak-kanak la, hak asasi la...

Kalau setakat akta ciptaan manusia, terang-terang tak boleh melawan akta yang Allah cipta..ni tidak, sesuka hati dia jek komen...kes-kes terdahulu tah berapa banyak tah...aku tau la menteri ni pun terang-terang tak ikut syariat...kalau tgk dia,aku rasa nak jek tarik rambut dia,biar rabak kulit kepala dia...

postheadericon Emel 1Malaysia?





Pulak dah.....nak kena hadap satu lagi emel lepas ni...by 2015, 100% rakyat Malaysia akan mempunyai sekurang-kurangnya satu emel (digunakan dengan aktif atau tidak, aku tah tahu). Bagi mereka yang bekerja di pejabat, ataupun mereka yang celik IT, sudah pasti ada lebih daripada satu emel. Ialah, emel rasmi, emel tak rasmi....dan bagi yang selalu melawat tempat-tempat "terlarang"/suka trolling blog orang lain,pasti ada satu emel untuk dump segala login/registration laman-laman web tersebut.

Bercakap pasal emel-emel ini, kebanyakannya adalah percuma (kecuali untuk mereka yang bekerja di organisasi tertentu). Kuota kapasiti data ada yang mencapai beberapa gigabait, malahan ada yang unlimited! Tapi yang peliknya, Kerajaan Malaysia ni nak buat pulak emel secure (ye ke selamat?) 1Malaysia...dengan kos RM50 juta! Dikatakan dana tidak dikeluarkan oleh kerajaan, melainkan oleh satu syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia (tetapi dalam kategori GN3 la pulak!) Macam mana syarikat yang macam dah nak lingkup, boleh ada dana RM50 juta?! Pulak tu, nak buat emel percuma untuk rakyat Malaysia. Mana diorang ni nak dapat untung? Takkan lah sekadar guna Google AdSense ataupun Nuffnang?

Aku pernah terbaca, dan pernah la jugak terjumpa satu emel percuma di Malaysia suatu ketika dahulu...WauMail nama dia. Dengar kata, masa pengguna dia dah capai 60,000 (ke 6,000?) orang, emel ni kena godam. Oleh siapa, aku tak pasti la pulak...So, adakah emel 1Malaysia yang dikendalikan oleh syarikat ni akan selamat daripada godaman? Emel ni dikatakan menggunakan teknologi Microsoft (Hotmail la kot kalau guna web-based). Tapi Microsoft sendiri pernah kena godam, software2 pun asyik kena godam/crack jek...

Berbalik cerita tentang emel, betul ke duit tu bukan duit rakyat? Habis tu, macam tak logik pulak company yang dah nak lingkup tu buat loan RM50 juta untuk buat emel percuma kepada rakyat Malaysia. So, ada sesapa boleh jelaskan kepada aku, mana datang RM50 juta ni? Kenapa ada perkaitan Nazir bin Tun Razak, boss CIMB dalam hal ni?

About Me

My Photo
aBg_rOnGak
Batu Pahat, Johor, Malaysia
Tukang komplen, orang IT
View my complete profile

Konco2

Powered by Blogger.